CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 9 Julai 2010

Kembara Mahkota Johor 2010

Pada tarikh yang bersejarah iaitu 27 Jun 2010 ( Ahad ) kelab kami dan juga kelab tenang bikes telah mendapat undangan menyertai kembara mahkota johor 2010 di kawasan labis. Acara ini adalah acara yang paling gemilang pernah kami sertai.

Kami bersama DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kaum kerabat diraja dan yang terlibat menunggang motosikal daripada stesen kereta api Labis ke kampung Paya merah.( http://www.kembaramahkotajohor.com.my )

Kami cukup berbangga mempunyai sultan yang berjiwa rakyat serta prihatin terhadap rakyat jelata. Kami juga berharap dapat bertemu dengan sultan kami dilain waktu.

Kasih kami kepada DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.



Aktiviti hujung tahun

Pada bulan 12 thn lepas, kelab kami telah mendapat undangan menyertai konvoi kembara ilmu yang dianjurkan oleh pemuda umno bahagian labis serta m.a.y.c cawangan labis. konvoi ini bermula dari labis menuju ke melaka.

Konvoi ini bertujuan mencari ilmu dan peluang pendidikan kepada generasi-generasi muda. selain itu konvoi ini bertujuan mendidik penunggang-penunggang motosikal atau pun motorcar berhemah di atas jalan raya.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak yang berkenaan yang telah mengundang kami untuk turut serta dan ucapan terima kasih kepada pihak yang menjayakan konvoi kembara ilmu.