CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 26 Mei 2009

Tambahan Marshall






Kelab RRMC Labis akan menambah Marshall dikalangan ahli kelab bagi memudahkan pengendalian aktiviti konvoi semasa dalam perjalanan. Setakat ini Marshall hanya 7 org iaitu 5 motorsikal dan 2 kereta. Untuk tambahan lagi Pihak Marshall RRMC ingin menambah lagi 8 marshall yang terdiri daripada 5 motorsikal dan 3 kereta. 3 kereta Marshall tambahan ini adalah sebagai Mediacar,Mediccar dan Safetycar. Kepada sesiapa yang berminat sila maklumkan terus kepada Ketua Marshall atau boleh terus berhubung terus dengan pusat pentadbiran RRMC Labis.

Isnin, 4 Mei 2009

AKtiviti Konvoi Bersemperna Hari Bomba&Penyelamat Malaysia














Pada hari Sabtu bersamaan 9 Mei 2009  kelab telah dijemput untuk menjayakan aktiviti Hari Bomba & Penyelamat Malaysia. Kelab berkonvoi sekali bersama pihak Bomba & Penyelamat Malaysia Labis yang bermula dari Balai Bomba & Penyelamat Malaysia dan terus ker destinasi iaitu Perumahan Awam Chaah. Aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong bersama penduduk Perumahan Awam Chaah. Kelab amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bomba & Penyelamat Malaysia Labis kerana memberi peluang ini. 


Tarikh : 9 Mei 2009
Waktu : 7.30 pagi
Tempat : Perumahan Awam Chaah.


Ahad, 3 Mei 2009

Ride To Tanjung Bidara - Port Dickson

        Baru-baru ini kelab kami telah menganjurkan aktiviti berkonvoi ke Tanjung Bidara dan terus ke Port dickson. Tarikh keramat tu adalah pada 1 Mei hingga 2 Mei 2009. Aktiviti berkonvoi ini telah menarik ramai peserta untuk menyertainya. Pada asalnya hanya dalam lingkungan 20 orang sahaja. Tetapi pada akhir-akhir penyertaan menyaksikan seramai 55 orang peserta.

       Aktiviti konvoi ini telah menyaksikan sebanyak 26 buah motorsikal dan 3 buah kereta. Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah untuk mendidik para peserta untuk menjadi pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya serta mengelakkan gejala lumba haram yang hangat diperkatakan sekarang ini. selain itu juga aktiviti ini juga merupakan aktiviti riadah dimana ahli-ahli kelab dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli serta berseronok.

       Selain dari itu, pada malam 1 Mei BBQ juga ada turut serta dimana selagat setiap peserta yang tidak sabar-sabar untuk menjamu selere mencuit hati.

      Aktiviti ini dikawal oleh marshall kelab yang telah dilantik untuk mengawal keadaan lalu lintas serta memastikan segala perjalanan bergerak lancar.